Wednesday, May 26, 2010

(4) Kuliah Ustaz Hadis 1


Penceramah : Ustaz Hadis
Hari : Sabtu
Tarikh : 22.5.2010
Tempat : Masjid Bandar Raub (Masjid Lama)
Kadar : Seminggu sekali
Kitab : Sakaratul Maut dan Alam Kubur

1. Banyakkan mengingati mati
Banyak hadis yg menyuruh kita agar banyakkan mengingat mati. Kenapa? Sebabnya ialah apabila kita ingat mati, segala bentuk kelazatan dunia dapat dihapuskan. Dunia ini sememangnya penuh dgn kelazatan yg disukai nafsu. Tapi sedarlah, kenikmatan dunia hanya sementara. Tambahan lg, kenikmatan akhirat iaitu di syurga jauh lbih nikmat berbanding dunia. Di sana semuanya halal...

2. Persiapan menghadapi mati
Ustaz bagi amalan2 mudah yang membuktikan kita ni dikira bersedia menghadapi mati. Antaranya ialah solat berjemaah di masjid dan mengamal doa2 harian. Kesimpulannya, secara zahirnya nampak usaha ke arah mendekatkan diri kpd Allah.

3. Petanda dosa tidak diampun
Memang kita tak dapat tau tahap kita di sisi Allah. Tapi ada petanda yg dosa2 kita belum diampun oleh Allah. Antaranya ialah 'rasa' malas utk beramal ibadat, beramal baik. Bila dah rasa macamni jgn pulak putus asa. Perbanyakkan beristighfar, memohon keampunan daripada Allah. Allah Maha Pengampun. Jangan putus asa utk bertaubat. Mohon Allah cenderungkan kita ke jalan2 dan perkara2 yang diredhai oleh-Nya, dan jauh dari jalan2 dan perkara2 yg membawa kpd kemurkaan-Nya.

4. Dunia masuk ke dalam hati
Teringat ada sorang sahabat ni dia umpakan dunia ni seperti air laut. Kita berada di atas kapal. Jangan sampai kapal kita tenggelam ke dalam laut. Cukup sekadar kita melalui laut(dunia) ni menuju ke destinasi(akhirat). Maksudnya, jgn kita tenggelam dgn dunia. Cukuplah kita menjalani kehidupan di dunia ini sekadarnya sahaja. Jgn sampai dunia masuk ke dalam hati kita. Bahaya.. Bahaya... Bahaya... Iblis akan gunakan hal ini masa sakaratul maut. Dia akan datangkan perkara2 dunia yang kita sayangi contohnya harta, makwe, isteri, motor, kereta dan macam2 perkara dunia yang kita sayangi. Na'uzubillahi min zalik. Mohon Allah jauhkan daripada perkara tersebut.

5. Maut sebagai NASIHAT
Kalau takde orang nak nasihat kita. Cukuplah.. Cukuplah.. kita jadikan maut atau mati sebagai PENASIHAT atau PENGINGAT kita lebih2 lagi ketika hendak berbuat dosa. Ya Allah..

6. Takkan masuk syurga orang yang ada dosa walaupun setitik, sezarah.
Nabi Adam A.S dan Hawa A.S dikeluarkan daripada syurga kerana SATU dosa iaitu memakan buah dari pohon larangan. Hal ini membuktikan orang yang ada dosa x bleh masuk syurga. Ya Allah... Mohon kepada Allah agar diampunkan segala dosa2 sebelum mati. Ingatlah juga bahawa hamba2 Allah masuk syurga bukan kerana amal2 yang dilakukan tetapi kerana rahmat Allah. Sebab tu kita kena berusaha ikhlas dalam ibadat kita kerana Allah semata2. Mengharapkan redha Allah. Lebih tepat dan hakikat lagi, bukan kerana syurga dan pahala. Sebab pahala dan syurga juga makhluk Allah.

Dosa2 yg ada pada manusia khususnya umat Islam akan dihapuskan melalui syafaat2 di padang mahsyar.. Kalau tak dapat syafaat.. alamatnya orang beriman2 tersebut akan DIRENDAM dalam NERAKA bagi menghapuskan dosa2 mereka dan barulah masuk syurga. Na'uzubillahi min zalik. Salah satu syafaat di padang mahsyar ialah syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Camner nak dapat syafaat nabi S.A.W.??? antara caranya ialah banyakkan berselawat, mengamalkan sunnah...

7. Berwaspada atau berjaga2 dalam setiap gerak geri
Orang2 yang bersedia utk menghadapi mati yang bila2 masa bleh datang ni, meraka akan sangat menjaga tingkah laku mereka. Nak berbuat sesuatu fikir dulu.. tepuk dada tanya iman...

8. Minum kencing syaitan?
Jangan minum dan makan menggunakan tangan kiri melainkan darurat (cth: cacat). Nabi S.A.W pernah tegur sahabat yang menggunakan tangan kiri. Nabi nampak syaitan kencing. Kesannya, malas utk beribadat... payah nak terima nasihat...

9. Al-Quran sebagai teman dalam kubur
Camner nak dapat ni??? caranya ialah dengan kita berdamping dgn Al-Quran. Maksudnya kita selalu membaca Al-Quran. Bacalah skurang2nya sehelai sehari. Jangan tak baca langsong... Kalau boleh tadabbur jugak iaitu menghayati makna2 ayat...

Wallahu'alam, Allah lebih mengetahui

2 comments: